Sunday, November 1, 2009
Teknik Membentuk Seramik
Teknik Putaran
Teknik putaran lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai wheel atau throwing. Teknik ini memerlukan kemahiran menggunakan mesin pemutar. Terdapat dua jenis mesin pemutar iaitu jenis biasa yang memerlukan tenaga mengayuh dan mesin pemutar elektrik. Kemahiran menggunakan mesin pemutar diperolehi setelah melakukan latiahan yang banyak. Ketika menggunakan mesin pemutar, alatan yang diperlukan ialah bekas air, span, span berkayu, dawai pemotong, pengguris, kayu rib, angkup, pembaris dan spatula (jika perlu). Terdapat beberapa peringkat dalam teknik putaran iaitu centering, membuat lubang, membentuk dan memindahkan produk yang siap dibentuk.
Teknik Gabungan Picit-Throwing
Teknik ini menggabungkan penggunaan kaedah picitan dan juga kaedah mesin throwing. Penggunaan kaedah ini biasanya untuk menghasilkan produk yang bersaiz besar. Teknik picit throwing dilakukan dengan membentuk tanah liat menjadi coiling dan kemudiannya diletakkan di atas mesin putaran. Sebelum diletakkan diatas mesin putaran, papan yang dipotong bulat digunakan sebagai alas. Tanah liat berbentuk coiling kemudiannya dilekatkan di atas kayu pada mesin putaran. Mesin putaran diputar secara perlahan-lahan sambil memicit coiling. Bahagian atas coiling kemudiannya dipotong dan disambung lagi dan proses yang sama diulangi sehingga membentuk bahagian tapak produk. Setelah itu barulah tapak dilekatkan dan dibiarkan kering. Produk kemudannya dialihkan dan coiling kemudiannya disambung di bahagian badan ke atas sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. Oleh kerana teknik ini menggunakan kedua-dua teknik iaitu picit dan throwing, maka ia digelar teknik picit-throwing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment