Sunday, November 1, 2009

PASU IBAN SARAWAK



Pasu Orang Iban Sarawak
Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau.

Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup masyarakt suku kaum Iban.

Seramik SARAWAK





TINGGALAN SEJARAH SERAMIK DI SARAWAK

SERAMIK SARAWAK
Delta Sungai Sarawak merupakan tapak utama di mana ribuan serpihan seramik telah ditemui dan digali semenjak 1948. Kebanyakkannya bertarikh antara kurun ke 11 hinggalah 13 Masehi. Serpihan ini dipercayai berasal dari negara China dan sebahagiannya dari Thailand, Vietnam, Jepun dan Eropah. Penemuan seramik membuktikan bahawa bahagian persisiran pantai dahulunya merupakan pusat perdagangan yang penting seawal kurun ke 11 Masehi di mana para pedagang dari China, India dan negara-negara jiran mulai tiba di Borneo. Champor, lilin lebah, sarang burung dan barangan eksotik yang lain didagangkan untuk mendapatkan tekstil, manik, seramik dan barangan loyang.Seramik terawal yang dijumpai dan digali adalah daripada bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana. Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian.

Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. .
Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut.

Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya.

Tembikar putih: Kebanyakan serpihan-serpihan berwarna putih seakan-akan kelabu-putih kepada hijau-putih dalam kebanyakkan kes termasuk Ch'ing-pai, Ying-ch'ing dan "Marco Polo ware"

Tembikar Yueh: Serpihan-serpihan berwarna hijau lembut kepada biru atau kelabu-hijau yang seakan-akan bekas Yueh seperti yang dijelaskan oleh Gompertz

Celadon: Serpihan-serpihan seperti warna pekat zaitun kepada biru-hijau yang dikaitkan dengan dinasti Sung Lung-ch'uan kilns

Temmoku: serpihan-serpihan daripada mangkuk dengan warna coklat tua ataupun biru-gelap yang sering disebut sebagai 'temmoku' dan seperti mangkuk Chin-yao daripada Fukien

Tembikar hijau-berglasir : serpihan-serpihan berglasir dengan warna yang terang dan mengandungi plumbum

Tembikar T'zu: serpihan-serpihan yang biasanya dipanggil T'zu Chou, bercorak gelap dan/atau dicorakkan dengan tanah liat yang sedikit cair pada asas yang tiada bercorak ataupun berwarna hijau-gelap

Tembikar batu yang kasar: termasuklah serpihan batu yang kasar terdiri daripada yang kecil sehinggalah yang besar

Tembikar Siam: kebanyakkan serpihan-serpihan pinggan-mangkuk Sawankhalok celadon bercorak ukiran halus berglasir berasaskan sedikit warna merah-coklat pada tapaknya

Tembikar biru dan putih: serpihan-serpihan berglasir berwarna kebiruan lutsinar yang beralun dan mengandungi corak-corak kabur yang halus seakan-akan buih-buih. Manakala asasnya berwarna kelabu-keputihan porselin yang lutsinar.

Sepanjang kurun yang lepas, berdasarkan hasil penemuan tembikar seramik di kawasan berhampiran Sungai Sarawak, menjadi bukti yang kukuh menunjukkan bahawa penduduk asli Sarawak telah membuat tembikar sendiri untuk kegunaan domestik. Aktiviti ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan industri seni pembuatan tembikar.Koleksi tembikar ini telah diletakkan untuk pameran di Dewan Tun Abdul Razak. Koleksi tersebut merupakan tarikan utama penduduk tempatan dan pelancong asing. Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan, katalog koleksi tersebut dan seramik tempatan telah dijual di kedai muzium.

PASU SARAWAK


Pasu Sarawak
Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu. Apalagi halnya dalam kehidupan sehari-hari. Barang-barang tembikar tradisional yang dihasilkan di Sarawak termasuk pinggan, mangkuk, tajau (sejenis tempayan besar), takar dan perkakas memasak. Sesetengah barang itu sangat dihargai hingga menjadikan sebahagian daripada hadiah perkahwinan oleh pengantin. Malah di kalangan kaum Kelabit, tajau bukan cuma dijadikan bekas penyimpanan mayat ketua mereka tetapi diterima sebagai galang ganti nyawa.

Mengukir pasu Sarawak
Cara untuk menghasilkan barang-barang tembikar tradisional ini pada dasarnya sama seperti cara yang digunakan di Semenanjung. Yang berbeza cuma corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka. Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu. Dari masa itu, seni tembikar Cina mula mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan. Antara barangan yang mendapat sambutan ialah pasu. Pasu Sarawak kini terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang.



CARA PEMBUATAN TEMBIKAR DAN TEMPAT PEMBAKARAN














Teknik Membentuk Seramik
Teknik Putaran
Teknik putaran lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai wheel atau throwing. Teknik ini memerlukan kemahiran menggunakan mesin pemutar. Terdapat dua jenis mesin pemutar iaitu jenis biasa yang memerlukan tenaga mengayuh dan mesin pemutar elektrik. Kemahiran menggunakan mesin pemutar diperolehi setelah melakukan latiahan yang banyak. Ketika menggunakan mesin pemutar, alatan yang diperlukan ialah bekas air, span, span berkayu, dawai pemotong, pengguris, kayu rib, angkup, pembaris dan spatula (jika perlu). Terdapat beberapa peringkat dalam teknik putaran iaitu centering, membuat lubang, membentuk dan memindahkan produk yang siap dibentuk.

Teknik Gabungan Picit-Throwing
Teknik ini menggabungkan penggunaan kaedah picitan dan juga kaedah mesin throwing. Penggunaan kaedah ini biasanya untuk menghasilkan produk yang bersaiz besar. Teknik picit throwing dilakukan dengan membentuk tanah liat menjadi coiling dan kemudiannya diletakkan di atas mesin putaran. Sebelum diletakkan diatas mesin putaran, papan yang dipotong bulat digunakan sebagai alas. Tanah liat berbentuk coiling kemudiannya dilekatkan di atas kayu pada mesin putaran. Mesin putaran diputar secara perlahan-lahan sambil memicit coiling. Bahagian atas coiling kemudiannya dipotong dan disambung lagi dan proses yang sama diulangi sehingga membentuk bahagian tapak produk. Setelah itu barulah tapak dilekatkan dan dibiarkan kering. Produk kemudannya dialihkan dan coiling kemudiannya disambung di bahagian badan ke atas sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. Oleh kerana teknik ini menggunakan kedua-dua teknik iaitu picit dan throwing, maka ia digelar teknik picit-throwing.

SERAMIK

PENGENALAN

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional, yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar. Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan bahan seramik.

Latar Belakang dan Sejarah
Seni seramik adalah hasil pertukangan awal yang dapat dikesan dalam tamadun manusia. Seramik dicipta bukan hanya untuk kegunaan harian malahan untuk tujuan kerohanian. Nilai kepenggunaan dan estetika bersatu dan akhirnya terciptalah seni seramik yang sehingga kini mengalami perubahan yang begitu ketara. Sejarah seni seramik bermula sejak 4000 tahun sebelum Masihi di Egypt atau Zaman Mesopotamia. Seni seramik ketika itu dibentuk berupa hippopotamus yang dikenali sebagai ’faience’ adalah karya seni seramik yang pertama. Ini sekaligus mencatatkan sejarah bahawa sejarah seni seramik bermula sejak manusia wujuk di muka bumi ini.
Seni seramik bersifat global. Pada awalnya seramik semata-mata berfungsi sebagai peralatan kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, periuk masakan dan sebagainya. Namun gabungan fungsi, karektor dan dekorasi pada permukaan tembikar sebenarnya membawa penterjemahan ekpresi budaya, sosial dan tamadun sesuatu tempat.
Secara umumnya barangan seramik terhasil dari tanah liat semata-mata, terutama sekali barangan seramik di zaman primitif. Inovasi dalam penghasilan produk seramik dari masa ke semasa membawa kemajuan dalam pelbagai aspek bermula dari proses pembentukan, mewarnakan dan pembakaran. Pada peringkat ini dekorasi dan warna bukan sekadar penghias barangan tetapi berfungsi sebagai lapisan kalis air.

Contoh bahan seramik

Silikon nitride (Si3N4), yang digunakan sebagai serbuk pengkakis.
Boron karbide (B4C), yang digunakan dalam perisai helikopter dan kereta kebal.
Silikon karbide (SiC), yang digunakan sebagai ( succeptor ) dalam ketuhar mikrowave, bahan pengkakis biasa digunakan, dan sebagai bahan pembalikan.
Magnesium diboride (MgB2), yang merupakan superkonduktor luar biasa.
Zink oksida (ZnO), yang merupakan semikonduktor, dan digunakan dalam penghasilan ( varistor ).
Ferrite (Fe3O4), yang merupakan ferrimagnetism dan digunakan sebagai teras transformer elektrik dan ingatan teras magnetik ( magnetic core memory ).
Steatite digunakan sebagai penebat elektrik.
Batu bata (kebanyakannya adalah aluminum silikat ), digunakan dalam pembinaan.
Uranium oksida (UO2), digunakan dalam reaktor nuklear.
Yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu3O7-x), superkonduktor bersuhu tinggi.

Ciri-ciri seramik
Ciri-ciri mekanikal
Bahan seramik biasanya ( bahan ionic atau berkaca. Kedua-dua bahan ini hampir selalunya pecah sebelum sebarang kecacatan plastik ( plastic deformation ) berlaku, yang menyebabkan bahan ini kurang kukuh. Tambahan lagi, disebabkan bahan ini cenderung berciri poros, liang dan kecacatan mikroskopik bertindak sebagai penumpu tekanan, mengurangkan kekuatan, dan tensile strength. Kedua-dua ini memberikan kecenderungan kepada bahan seramik gagal keseluruhannya dan berkecai, berbanding dengan kegagalan perlahan-lahan bahan logam yang membengkok sebelum patah.

Bahan ini menunjukkan kecacatan plastik (boleh membengkok dan bukannya patah). Bagaimanapun, akibat struktur kaku bahan membentuk kristal ( crystalline ), terdapat hanya sedikit sistem gelinciran untuk pengkehelan berlaku, oleh itu ia berlaku secara perlahan-lahan. Dengan bahan tidak berkristal ( non-crystalline ) bahan ber(kaca), pengaliran kelikatan ( viscous ) merupakan sumber kecacatan plastik, dan juga amat perlahan. Ianya dengan itu diabaikan dalam kebanyakan appplikasi bahan seramik
Bahan seramik amat kukuh dibawah tekanan, dan mampu beroperasi pada suhu tinggi. Kekerasannya menjadikan ia sesuai sebagai bahan pengkakis, dan mata pemotong dalam perkakasan.

Ciri-ciri pembalikan
Sesetengah bahan seramik mampu menahan suhu amat tinggi tanpa kehilangan ketahanannya. Bahan ini dikenali sebagai bahan refraktori ( refractory material ). Ia biasanya mempunyai pengalir haba yang rendah, dan oleh itu digunakan sebagai penebat haba ( thermal insulators ). Sebagai contoh, bahagian perut pesawat ulang alik angkasa ( Space Shuttle ) diperbuat daripada tile seramik yang melindungi pesawat angkasa daripada suhu tinggi yang dihadapi ketika kemasukan semula ke atmospera bumi.

Keperluan paling penting untuk bahan refraktori adalah ia tidak akan lembik atau cair, dan ia kekal tidak aktif pada suhu yang diingini. Keperluan akhir berdasarkan pada kedua-dua pereputan diri dan reaksi dengan bahan campuran lain yang mungkin hadir, setiap satunya boleh membahayakan.

Keporosan menjadi lebih berkait dengan refraktori ( refractories ). Apabila keporosan dikurangkan, kekuatan, keupayaan daya ampu ( load-bearing ), dan rintangan persekitaran menurun apabila bahan menjadi semakin padat. Bagaimanapun, apabila kepadatan meningkatkan ketahanan kepada kejutan haba thermal (keretakan akibat pertukaran suhu mengejut) dan ciri-ciri penebatah dikurangkan. Banyak bahan digunakan dalam bentuk amat poros, dan ia bukannya satu perkara luar biasa untuk mendapati dua bahan digunakan: lapisan poros, dengan ciri-ciri penebat yang baik, dengan salutan nipis bahan lebih padat untuk membekalkan ketahanan.

Ianya adalah memeranjatkan bahawa bahan ini boleh digunakan pada suhu yang ia berada dalam keadaan separuh cair. Sebagai contoh, batu bata silika yang digunakan untuk melapis ketuhar menghasilkan besi digunakan pada suhu sehingga 1650°C (3000°F), di mana sebahagian batu bata akan cair. Mereka bentuk untuk situasi sebegitu tidak menghairankan jika ia memerlukan pengawalan yang agak terperinci mengenai semua sudut pembinaan dan kegunaan.

Ciri-ciri elektrik
Salah satu kemajuan dalam bidang bahan seramik adalah penggunaan hasil seramik dalam perkakasan elektrik, di mana ia menunjukkan pelbagai ciri-ciri berlainan yang menghairankan.Kebanyakan bahan seramik tidak mempunyai pembawa cas boleh gerak, dan oleh kerana itu tidak mengalirkan elektrik. Apabila digabungkan dengan ketahanannya, keadaan ini mendorong kepada penggunaannya dalam penghasilan kuasa dan transmisi ( transmission ).

Talian kuasa sering di sokong dari pylons oleh cakera porcelain, yang cukup penebat untuk menangani panahan kilat, dan mempunyai kekuatan mekanikal untuk memegang kabel.

Sub-kategori dari ciri-ciri penebatnya adalah dielectric. Dielectric yang bagus akan mengekalkan medan elektrik memaluinya, tanpa menyebabkan kehilangan kuasa. Ini adalah penting untuk penghasilan kapasitor. Dielectrics seramik digunakan dalam dua kawasan. Yang pertama adalah frekuensi tinggi kehilangan rendah dielectrics, digunakan dalam aplikasi seperti ketuhar gelombang ( microwave ) dan pemancar radio. Yang lain adalah bahan dengan konstant constants dielectric tinggi (ferroelectrik). Walaupun dielectrics seramik kurang elok berbanding pilihan lain untuk kebanyakan tujuan, ia memenuhi kedua bahagian dengan baiknya.

Ferroelektrik, piezoelektrik dan pyroelektrik
Bahan ferroelektrik adalah sesuatu yang boleh menghasilkan kepolaran ( polarization ) secara spontan tanpa medan elektrik. Bahan ini menunjukkan medan elektrik kekal, dan ini merupakan sumber konstant dielektrik yang amat tinggi ( extremely high dielectric constants ).Bahan piezoelektrik adalah bahan dimana medan elektrik boleh ditukar atau dihasilkan dengan mengenakan tekanan kepada bahan tersebut. Ia digunakan dalam pelbagai kegunaan, khususnya sebagai transduker - menukar pergerakan kepada signal elektrik, atau sebaliknya. Ia digunakan dalam peranti seperti mikrophone, penjana ultrasound, dan pengukur tekanan ( strain gauges ). Bahan pyroelektrik menghasilkan medan elektrik apabila dipanaskan. Sesetengah pyroelektrik seramik amat sensitif sehinggakan ia dapat mengesan perubahan suhu disebabkan seseorang memasuki bilik (sekitar 40 micro Kelvin). Malangnya, peranti sedemikian tidak tepat, jadi ia sering digunakan secara berkembar - satu tertutup, satu terbuka - dan hanya perbezaan antara keduanya digunakan.

Semikonduktor
Terdapat beberapa jenis seramik yang merupakan semikonduktor. Kebanyakan daripadanya adalah oksida besi peralihan ( transition metal oxides ) yang semikonduktor II-VI, seperti zinc oksida.

Walaupun terdapat perbincangan untuk menghasilkan LED biru dari zink oksida, pakar seramik lebih berminat dalam ciri-ciri elektrik yang menunjukkan kesan sempadan grain ( grain boundary effects ).

Peranti yang paling digunakan secara meluas adalah varistor. Peranti ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa rintangan negetif. Apabila voltage melalui peranti ini mencapai tahap sempadan tertentu, terdapat kegagalan struktur elektrik dalam sekitar sempadan grain, yang menyebabkan rintangan elektriknya menurun daripada beberapa mega-ohm turun kepada beberapa ratus sahaja. Kebaikannya adalah ia dapat mengyingkirkan banyak tenaga, dan reset secara sendiri - selepas voltage melintasi peranti itu turun di bawah had, rintangannya kembali naik.

Ini menjadikan ia sesuai untuk applakasi pelindung-peningkatan ( surge-protection ). Kerana terdapat kawalan melebihi had voltage dan ketahanan kuasa, ia digunakan dalam pelbagai applakasi. Demonstrasi terbaik mengenai kebolehannya adalah di sub stesyen elektrik, dimana ia digunakan untuk melindungi infrastruktur daripada panahan kilat. Ia mempunyai tindakbalas pantas, penyelenggaraan mudah, dan tidak mudah rosak akibat penggunaan, menjadikan ia sebagai peranti terbaik untuk applikasi ini.

Seramik semikonduktor juga digunakan sebagai pengesan gas. Apabila pelbagai gas melalui seramik polikristal polycrystalline, rintangan elektriknya bertukar. Peranti yang murah dapat dihasilkan apabila ia diselaraskan kepada campuran gas yang berkenaan.

Superkonduktiviti
Di bawah sesetengah keadaan, seperti tahap suhu amat rendah, sesetengah seramik menunjukkan superkonduktiviti. Sebab sebenarnya tidaklah diketahui, tetapi terdapat dua keluarga utama seramik superkonduktiviti.

Tembaga oksida ( copper oxides ) rumit diwakili oleh tembaga oksida Yttrium barium Yttrium barium copper oxide, sering diringkaskan kepada YBCO, atau 123 (menurut ratio logam dalam formula stoichiometriknya [[YBa2Cu3O7-x]]). Ianya amat terkenal kerana ia mudah dihasilkan, penghasilannya tidak membabitkan logam merbahaya, dan ia mempunyai suhu tahap ( transition ) superkonduktiviti pada 90K (yang lebih tinggi dari suhu nitrogen cecair (77K)). x dalam formula ini merujuk kepada fakta bahawa stoichiometrik sepenuhnya YBCO bukannya superkonduktor, jadi ia mesti dalam keadaan kurang oksigen sedikit, dengan x biasanya sekitar 0.3.

Keluarga utama lain bagi seramik superkonduktiviti adalah magnesium diboride. Pada masa ini ia terletak dalam keluarga tersendiri. Ciri-cirinya tidaklah mengkagumkan sangat, tetapi secara kimia amat berlainan dengan superkonduktor yang lain dari segi ia bukannya tembaga oksida rumit ataupun logam. Disebabkan perbezaan ini, diharapkan kajian mengenai bahan ini kan memberikan kesedaran asas kepada phenomena superkonduktiviti.

Memproses bahan seramik
Seramik bukan-berkristal ( Non-crystalline ), asal kaca, cenderung terbentuk dari cecair. Kaca dibentuk ketika cair sepenuhnya, melalui acuan, atau ketika dalam bentuk lembik, melalui cara meniup ke dalam acuan.

Bahan seramik berkristal tidak sesuai untuk bentuk pemprosesan yang luas. Kaedah untuk mengendalikan mereka biasanya terbahagi kepada dua - samaada menjadikan seramik dalam bentuk yang dikehendaki, melalui reaksi ketika itu ( in situ ), atau dengan membentuk serbuk dalam bentuk diingini, dan kemudian ( sintering ) untuk membentuk pepejal. Beberapa kaedah pula menggunakan pendekatan gabungan antara kedua kaedah pembuatan di situ. ( In situ ) Kegunaan utama kaedah ini adalah penghasilan simen dan konkrik ( concrete ). Di sini, serbuk kering dicampur dengan air, dan memulakan reaksi hydrasi, yang menghasilkan kristal saling berpaut panjang sekeliling aggregates. Lama-kelamaan, ini akan menghasilkan seramik pejal.

Masalah utama dengan kaedah ini adalah kebanyakan reaksi terlalu pantas untuk pengaulan yang baik, yang menghalang pembinaan besar-besaran. Bagaimanapun, sistem berskala kecil boleh dilakukan dengan teknik deposit ( deposition techniques ), di mana pelbagai bahan diletakkan di atas bahan asas ( substrate ), dan bertindakbalas dan membentuk seramik atas bahan asas ( substrate ). Teknik yang dipinjam dari industri semikonduktor, seperti chemical vapour deposition, dan amat berguna untuk lapisan.Kaedah ini cenderung untuk menghasilkan seramik yang pejal tetapi agak lambat.

Kaedah berasaskan pembakaran sintering
Prinsip kaedah berasaskan pembakaran ( sintering ) adalah mudah. Apabila objek yang dibentuk secara kasar (dikenali sebagai "bentuk hijau - green body"), ia dibakar di dalam relau, di mana proses penyepaduan diffusion menyebabkan bentuk hijau mengecut, dan menutup liang padanya, menghasilkan bahan yang lebih kukuh dan padu. Pembakaran ini dilakukan pada suhu rendah dari tahap cair seramik. Keporosan akan hampir sentiasa tinggal, tetapi kelebihan kaedah ini adalah badan hijau boleh dibentuk dalam sebarang bentuk yang diingini, dan masih boleh di bakar. Ini menjadikan kaedah ini kaedah paling mudah.

Terdapat beribu cara penghalusan dalam proses ini. Sebahagian yang biasa termasuk menekan badan hijau untuk memberikan penyepaduan densification permulaan awal dan mengurangkan masa pembakaran yang diperlukan. Kadangkala pelekat organik ditambah bagi mengekalkan bentuk badan hijau, yang akan hilang terbakar ketika pembakaran. Kadang kala pelicin organik ditambah ketika pemampatan untuk meningkatkan lagi penyepaduan. Bukanlah sesuatu yang luarbiasa bagi menggabungkan kesemua tersebut, dan menambah pengikat dan pelicin kepada serbuk dan dimampatkan sebelum dibakar.

Adunan juga boleh digunakan bagi menggantikan serbuk, sebelum dibentuk dengan acuan kepada bentuk yang diingini, dikeringkan dan dibakar. Malah, barangan tembikar traditional dihasilkan melalui kaedah ini, menggunakan adunan yang dibentuk dengan menggunakan tangan.

Jika campuran pelbagai bahan digunakan bersama sebagai seramik, kadang kala suhu pembakaran melebihi tahap cair salah satu bahan campuran * pembakaran fasa cair. Ini menghasilkan tempoh pembakaran yang lebih pendek berbanding pembakaran bentuk pejal.

Pembentukan Labu Sayong Dan Proses Pembakaran

Pembentukan Labu Sayong
Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari.

Corak
Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi.Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering.

Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan.

Kegunanaan dalam Kehidupan Harian
Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.

Teknik Dalam pembuatan Tembikar

Teknik yang digunakan bagi proses pembuatan Labu Sayong.
Teknik Picit
Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari.

Teknik Kepingan
Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan.

Teknik Tuangan
Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris.

Teknik Lingkaran
Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong

Kaedah Pembuatan labu SAYONG


LABU SAYONG

Kaedah Pembuatan Labu Sayong
Tradisi tembikar ini diusahakan oleh penduduk tempatan di pendalaman seperti para penduduk di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak langsung, jiwa mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang dihasilkan. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong.

Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.

Jenis-jenis labu dan cara memproses labu sayong

Sejarah Labu Sayong

JENIS-JENIS LABU
LABU GELUGUR
Labu gelugur dihasilkan daripada bentuk buah gelugur yang mempunyai badan yang bulat dan berlekuk-lekuk. Lekuk ini dihasilkan dengan menekan jari dan dengan bantuan alat buatan sendiri yang diperbuat daripada kayu. Seluruh bahagian badan labu itu akan ditekan sehingga menimbulkan kesan lurah bagi menggambarkan buah gelugur.

LABU PANAI
Labu Panai ialah bentuk labu yang berhiaskan garis-garis lurus atau menyerong pada bahagian badannya. Garis-garis yang dipanggil panai ini dihasilkan dengan menempelkan tanah pada badan labu atau mengukir badannya dengan alat pengukir yang dibuat sendiri oleh tukang-tukang ini. Terdapat juga panai yang dihasilkan dengan teknik gurisan. Teknik ini tidak meninggalkan kesan timbul pada badan labu

LABU TANAH
Istilah labu tanah muncul berdasarkan material asas yang digunakan dalam pembinaan badannya iaitu tanah. Dari segi reka bentuknya, ia adalah seiras dengan buah labu yang asli, untuk membezakannya dengan yang asli maka perkataan 'tanah' digunakan dibelakang labu tiruan yang diperbuat daripada tanah.
Oleh kerana reka bentuk labu ini diadaptasikan daripada bentuk semulajadi alam, maka rekaannya adalah ringkas. Labu tanah mempunyai badan yang bulat dan bentuk lehernya adalah menyerupai tangkai labu yang tegak ke atas dari bahagian badannya.Labu tanah ini tidak mempunyai kaki di bahagian punggungnya. Permukaan dasarnya adalah leper seperti reka bentuk dasar labu lepap.

LABU LEPAP
Labu ini dipanggil labu lepap kerana bentuk labunya yang leper di bahagian punggung, tidak mempunyai kaki dan rata. Badannya masih berbentuk bulat dan hiasan permukaan luarnya tidak berpanai timbul, kalau adapun hanyalah dihiasi dengan gurisan-gurisan menegak, melintang, membujur sahaja atau dibiarkan kosong dan licin sama sekali.


MEMPROSES LABU SAYONG

1 Menyediakan tanah Mengambil tanah dari tempat dan medium yang sesuai. Tanah
ini terbahagi kepada tiga medium yang berbeza iaitu tanah biasa, pasir dan diikuti pula dengan tanah liat. Oleh itu untuk mendapatkan tanah liat, lubang perlu digali sedalam tiga kaki dari permukaan tanah.

2 Menjemur Tujuannya ialah untuk mengeringkan jenis-jenis tanah liat yang digunakan.
Tanah yang telah dibekalkan hendaklah dicangkul dan diisikan didalam kereta sorong
untuk dibawa ke tempat tanah itu dijemur iaitu di atas zink atau pelantar yang
didedahkan kepada cahaya matahari selama satu atau dua hari.

3 MenumbukTanah perlulah benar-benar kering sebelum menjalankan proses ini. Proses
ini dilakukan menggunakan lesung kaki dan melibatkan dua orang pekerja.Tujuan utama
proses ini dijalankan adalah untuk menghaluskan tanah .

4 Mengayak Proses ini bertujuan untuk mengasingkan tanah daripada sampah dan ketulan
tanah yang tidak hancur. Proses ini dilakukan supaya tanah menjadi serbuk(powder).

5 Membancuh Tujuan untuk mencampur tanah dengan air. Sukatan air hendaklah dikawal
supaya campuran tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Proses membancuh
boleh dibuat di dalam bekas seperti baldi, basin dan sebagainya di mana campuran itu
digaul sehingga sebati.

6 MenguliTujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin.
Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah.

7 Membentuk Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang
menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam
pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu
bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka.Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

8 MenghiasApabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan
batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang
dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering
untuk dibakar.

9 MembakarProses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan
menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa
kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para
secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

LABU SAYONG

Labu sayong
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 14 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
* Pembuatan tradisional
* Pembuatan moden
o Throwing / Teknik lemparan alin
o Teknik acuan
o Teknik sepuh

Lokasi perusahaan seramik labu sayong
Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:

* Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar
* Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang Rengas
* Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas

Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.

Pengenalan Tembikar

Pengenalan
Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah, dipalu belah tembikar juga akan jadinya yang membawa erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti, kesudahannya jadi mayat juga.Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu pada masa dahulu.Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang.

Sejarah
Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak.

Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.



TEMBIKAR MAMBONG


TEMBIKAR MAMBONG
Kesenian dalam kebudayaan Melayu telah lama lahir bersama–sama dengan penciptaan
barangan keperluan harian. Tembikar tradisi yang sudah terkenal dengan fungsi utiliti
juga tidak dapat dipisahkan dari makna estetikanya. Kajian mendalam tentang estetika
tembikar tradisi Mambong ini menjadi wajar kerana tiada lagi kajian yang menjurus
kepada estetika tembikar tradisi Mambong.

Tembikar tradisi Mambong telah dikesan dalam masyarakat di Kampong Mambong sejak tahun 1868. Kewujudan tembikar tradisi Mambong selama 238 tahun, dari tahun 1868-2006 di Kampong Mambong di persisiran Sungai Galas dalam daerah Jajahan Kuala Krai, Kelantan merupakan satu fenomena yang sangat unik. Penghasilan bekas perasapan, buyung, geluk, geluk bertangkai, belanga dan periuk kukusan telah mempamerkan serta memperjelaskan tentang kemahiran dan kebijaksanaan pemikiran masyarakat di Kampong Mambong mencipta barangan dari tanah liat sebagai alat keperluan fizikal dan rohani. Penghasilan barangan tembikar Mambong bukan sekadar bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan luahan ekspresi estetika. Kaedah kajian kualitatif ini berdasarkan kepada pendokumentasian dan Kajian mendalam terhadap estetika tembikar tradisi Mambong. Data–data yang dikumpul adalah dalam bentuk perkataan, jurnal-jurnal berwasit, artifak, karya-karya tembikar tradisi yang dikaji, nota lapangan, dan audio visual serta gambar-gambar yang merentasi sempadan masa dari tahun 1868-2006. Kaedah temubual bersama-sama responden juga melengkapkan pengumpulan data dengan menumpukan kepada fokus yang ditetapkan melalui batas kajian. Sewajarnya estetika tembikar tradisi Mambong, Kelantan diagungkan kepentingannya dan faedahnya dengan memberi satu penghargaan dan aprisasi terhadap kepelbagaian nilai-nilai estetik yang ada pada tembikar tradisi ini.

TEMBIKAR

TEMBIKAR
Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Kegunaan Dulu
a)Alatan memasak
Manusia Zaman Batu Pertengahan iaitu Mesolitik atau dikenali sebagai Zaman Hoabinh wujud pada sekitar 11 000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar daripada tanah liat. Masyarakat Zaman Mesolitik ini tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderam Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka.

Pada Zaman Neolitik yang wujud kira-kira 5 000 tahun dahulu, orang Neolitik mengalami cara hidup yang lebih teratur. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis. Pada zaman ini terciptanya alat-alat tembikar seperti periuk, belanga dan bekas air yang dihiasai ukiran. Masyarakat Neolitik menggunakan alat-alat daripada tembikar di dalam kehidupan seharian mereka. Penyelidikan ilmiah telah dibuat oleh ahli kaji purba di beberapa tempat di Pahang Darul Makmur seperti Kota Tongkat di Jerantut, Gua Kecil di Raub, Sungai Selinsing, Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan mendiami negeri Pahang Darul Makmur dan tinggal di gua batu dan gunung-ganang. Manusia zaman batu adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Manusia Melayu Proto mendiami Semenanjung Malaysia dan pulau Nusantara dalam lingkungan 3 000 atau 2 000 tahun sebelum Masehi. Serpihan tembikar yang dipercayai oleh ahli sejarah digunakan sebagai alatan memasak masyarakat pada zaman itu telah ditemui di kawasan ini.

b) Ritual atau Keagamaan
Seramik terawal yang dijumpai dan digali di bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana.Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya.

c)Candi
Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil di Sungai Petani, Kedah. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil.Dr. Lamb berpendapat pemujaan di situ adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitannya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang di tengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu.
Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium.

d) Perhiasan diri
Pada Zaman Batu Baru (Neolitik) yang wujud 5 000 tahun dahulu, mereka mula membuat alat perhiasan diri seperti gelang tangan. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis.


Kegunaan Sekarang
a) Aksesori fesyen dan hiasan
Pemakaian gelang tangan dan rantai manik yang diperbuat dari tanah liat. Aksesori manik tembikar ini memberikan suatu impak menarik kepada si pemakai. Rantai kunci dan tanglung yang diperbuat dari tembikar juga menjadi pilihan menarik masa kini.

b) Ikon hiasan dalaman
Penggunaan tembikar sebagai salah satu ikon hiasan dalaman yang semakin digemari. Hiasan tembikar yang diubahsuai ini menghiasi sudut rumah, dinding pejabat dan dijadikan sebagai lampu selia dan lampu tidur.

Sumber-sumber lain:
http://www.museum.sarawak.gov.my
http://www.jma.gov.my
http://www.members:tripodasia.com.my
http://www.archeology.com.my
http://www.anjungseri.com.my
http://www.virtualmalaysia.com